Saya Dah Kawen?

Berbanding dengan pakar motivasi dan penulis-penulis buku motivasi di luar sana, diri saya jauh terkebelakang.

Rasanya saya belum cukup kredibiliti untuk menjadi penceramah motivasi. Sehingga
ke hari ini saya masih bertungkus lumus memahirkan diri dengan ilmu-ilmu motivasi, saikologi
dan komunikasi.

Jujur dari hati, saya mohon maaf kerana menolak undangan-undangan yang menjemput saya memberi ceramah dari beberapa organisasi dari semenanjung. Ada beberapa sebab.

Pertama, saya menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Ramai yang menyangka saya menetap di area Kuala Lumpur, Selangor, Pahang bahkan di Negeri Sembilan. Jarak di antara semenanjung dan Sabah satu cabaran yang amat hebat buat saya.

Kedua, saya hanya menulis artikel motivasi di internet sahaja. Buat masa ni saya hanya menumpu pada Internet sepenuhnya.

Andai Anda terjumpa nama saya di majalah, akhbar mahupun buku mahupun media lain selain internet, itu BUKAN saya. Tetapi, orang lain yang mempergunakan nama komersil saya.

Ketiga, umur saya 27 tahun, bukannya 31 mahupun 35 tahun.. Ada juga yang kata saya dah ada anak satu, padahal saya masih bujang.

Aiseh… kalau calon menantu mak saya terbaca, mesti dia kecewa! Hehe..

Maaf, walaupun ini perkara remeh, tapi ia selalu berlaku sehingga menimbulkan kehairanan saya. Benda ni sebenarnya takde, tapi di ada-adakan. Banyak yang bertanya kebenarannya ke email saya di shueqry@gmail.com

Saya berharap dengan penerangan ini, membetulkan persepi ramai pembaca iMotivasi.

Share This Post

3 Responses to “Saya Dah Kawen?”

  1. Dik Mal Says:

    Wah! hehe.. senyum2 saja saya membacanya!

  2. Raymond Chua Says:

    Hai Shueqry,

    Kita sebaya. :)

  3. Shueqry Says:

    Raymond,

    ya .. nampaknya begitu..

    DikMal,

    saya juga tersenyum tatkala pertama ditanya mengenai hal ni..

    -Shueqry-

Komen? Pendapat?