Sediakan Blueprint
Sejak dari pagi tadi saya berperang dengan talian Internet yang tiba-tiba jadi lambat, merangkak-rangkak dan telah membuatkan saya menunggu 27 minit semata-mata hanya mahu membaca email dan 17 minit lagi menyiapkan webpage dengan 3 perenggan sahaja.
Oh, sungguh banyak masa yang terbuang, perancangan yang saya buat memang lari timing.
Tak tau apa punca talian Internet jadi lambat sejak pagi tadi, tapi yang pasti menyebabkan saya terpaksa ‘adjust’ bajet masa yang telah saya rancang dari petang kelmarin.
Point di sini, jika Anda sedang mengusahakan sesuatu, biar yang ada perancangan professional dan biar yang ada ‘blueprint’, iaitu kertas senarai kerja yang nak dibuat dalam sehari.
Nama faymesnya ‘To Do List’.
Maksud saya, tulis perancangan kerja Anda di atas kertas, tak kira di buku nota kecil, di sehelai kertas kajang, kertas A4 ataupun di atas kertas ‘virtual’ dalam skrin komputer mahupun reminder dalam handphone.Sebab, kalau nak ingat dalam kepala kita takkan dapat mengingat semuanya satu persatu.
Tambahan pula bila menulis perancangan, Anda mampu menyiapkan semuanya langkah demi langkah dengan penuh disiplin tanpa bertangguh-tangguh.
Bahaya amal sikap bertangguh-tangguh ni. Walaupun kesannya tak nampak sekarang tapi ia akan muncul sebagai kesan jangka panjang.
Kesalahan masa lalu dah tak boleh diundur semula.
Jadi,sebelum Anda menyesal (oh, seperti saya dulu), jangan bertangguh!
Inilah pentingnya perangcangan yang bertulis dan yang ada bajet masanya. Semua kita ada masa 24 jam, tolak waktu tidur selama 8 jam, ada lagi baki 16 jam.
Masa kerja kat pejabat 8 jam, ada lagi baki 8 jam. Jadi, rancang masa Anda sepenuhnya.
Apa yang Anda buat untuk menghabiskan masa 8 jam lagi tu?
Walaupun ia rutin harian, tuliskan dan buat perancangan esok pada waktu petang hari ini.
Saya tahu bunyinya remeh, tapi ia akan membuat Anda fokus dan menjadi lebih cemerlang kerana Anda tahu menghargai masa dan memperuntukkan masa pada kerja-kerja produktif.
Sediakan pelan A sebagai pelan utama dan Pelan B sebagai pelan backup sekiranya perkara tak diduga berlaku, seperti apa yang terjadi pada saya hari ini.
Walaupun saya guna streamyx 1GB dan berada di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu, talian Internet agak ’slow’.. mungkin sebab sibuk. Perkara sebegini tak pernah terjadi sejak beberapa bulan yang lalu..
Jadi, tulis ‘blueprint’ Anda hari ini juga.
Oh, saya log in ke blog ’shueqry berkata’ ni ambil masa 11 minit.. aiyaa, manyak lambat wo! ..
Tip Berkaitan:
- Elak Sikap Bertangguh
- Bertangguh Cara Bijak
- Nak Cemerlang, Biar Ada FOKUS.
- Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan
- Hukum Sebab Dan Akibat
- Komunikasi Dalam Diri
- Tulis Matlamat Anda
June 20th, 2007 at 1:40 pm
~salam~
pakai streamyx 1G(1M tuu)still slow?? bro kene komplen…
mane tau dgn komplen dr bro TM take action…rasenya customer dh ramai and bile peak hour jadi congest…solutionnya TM mesti buat upgrading their server..
customer nak ramai tapi kualiti pun kena jaga gak…
June 21st, 2007 at 9:25 pm
Talian internet tu dah sebati dengan hidup saya. Kalau talian internet putus aje, wah, perasaan itu memang tidak dapat digambarkan. Cukup terseksa.