Sedihnya ..
Jujurnya saya tak layak nak masuk Polis, mata saya rabun jauh dan terpaksa menggunakan kanta lekap untuk bekerja, then ketinggian saya tak sampai 163cm, yakni kelayakan minimum untuk join Polis. Ini harapan besar dari bapa dan mak saya and i just thinking about it all day long sejak dari petang tadi..
Namun, saya mahu bertegas kali ini. Sebenarnya saya dah banyak kali di tekan dan dipaksa untuk join Polis namun saya masih berkeras. Kesan daripada tu, semangat makin tinggi nak membuktikan yang saya boleh berjaya bersama dengan blog Motivasi Pembangunan Diri ni, memberi inspirasi pada generasi muda Malaysia just like what Dr Sheikh Muszpahar is doing.
I believe in my dreams that someday i’m gonna become an official motivation blogger and well known among Malaysians, online and offline. Salah satu cabaran yang paling getir adalah dari ibu bapa saya sendiri, restu daripada mereka amat perlu untuk saya berjaya menggapai impian dengan blog motivasi kesayangan ramai ni. Bila latar belakang keluarga dari perguruan, memang sukar nak menjadi seseorang yang berlainan dari mereka, just like me.. i wanna be different, i wanna be extraordinary..
I have my own job right now, tapi keluarga saya masih memandang rendah dengan pekerjaan saya sekarang. I wanna show them what can i do with the Internet and follow my passion in helping others trough my writings, even i’m not paid to do it.
Terus terang saya meminta pendapat Anda dan saya perlukan sokongan Anda.. apa yang perlu saya katakan pada mak dan bapa saya? Selain ruang komen, Anda boleh hantar ke email saya atau SMS saja ke handphone saya
.. i dont want to leave this blog kerana saya baru saja berjaya mencapai 500 orang subscribers dan blog motivasi ini diterima sebagai salah satu daripada blog popular di Malaysia.. terima kasih atas sokongan Anda. Saya sungguh terharu!
Love..
-Shueqry -
November 17th, 2007 at 9:34 am
Saya bersimpati dengan apa yang sedang sukri lalui. Antara harapan ibu bapa dan kemahuan diri…satu konflik yang harus ditangani bagai menarik rambut dalam tepung…
Saya selalu dgr motivator akan kata buat apa yang kita senang dengannya.
Dalam hal sudah tidak ada kah ruang perpincangan antara shukri dengan ibu bapa shukri?
Kadang2 orang tua selalu mahu anak2 ikut kemahuan mereka …cuba lah shukri pujuk dan banyakkan solat hajat dan doa agar Alllah lembut kan hati ibubapa shukri.
Waalahualam
November 17th, 2007 at 12:37 pm
Memang sukar nak memilih antara cita-cita dengan keinginan ibu bapa. Tetapi apa yang penting adalah memberi mereka penjelasan tentang keinginan sukri. Cuba sukri buktikan sesuatu pada mereka yang apa sukri buat ini bukan satu kesilapan. Minta mereka masa untuk sukri buktikan.
Yang penting minta pertolongan Allah. Buat solat ikhstiharah banyak-banyak sebelum buat keputusan. Insyallah sukri tidak akan salah dalam buat keputusan.
November 17th, 2007 at 1:13 pm
Habib,
saya dah berjaya pujuk mereka, amun dengan syarat tertentu.
Apa yang pasti, saya makin besemangat untuk memajukan diri, berlajar benda baru dan mempromosikan lagi blg motivasi ni agar ia lebih dikenali ramai di ruang Internet Malaysia.
Saya mahu menyuntik inpsirasi kepada anak muda Malaysia.
Saya percaya, dengam kebolehan, bakat, ilmu dan usaha, saya boleh melakukannya.
- Shueqry -
November 17th, 2007 at 1:16 pm
Daripada masuk polis, lebih baik Shueqry masuk jadi Cikgu, kan sama juga..
Saya dah melihat ramai orang -orang yang berjaya menjadi maju kerana mengikut passion mereka.
Mereka seronok bila bekerja dan duit seakan tak penting lagipada mereka. Saya melihat potensi yang sama pada Shueqry. You will make it big!
Saya sokong sepenuhnya usaha Shueqry untuk menulis di blog ini. Tak ramai anak muda Malaysia yang ada FOKUS macam kamu.
We LOVE YOU !!
November 17th, 2007 at 1:22 pm
blog ini lain daripada yang lain. Tak ramai pakar motivasi menulis di blog maca yang Shueqry buat.
Awak merintis satu jalan baru dlm arena motivasi …
Kena terangkan baik-baik pada ibu bapa Shueqry dan kemudian beritahu mereka apa yang Sheqry nak buat.
Mereka cuma risau tentang masa depan kerjaya Shueqry.
Kalau mereka kata Shueqry tak boleh kemana dengan menjadi seorang blogger, buktikan yang Shueqry boleh menjana pendapatan tetap daripadanya!
November 17th, 2007 at 1:23 pm
Thannks Aleeya, awak memberi kekuatan pada saya. Terima kasih.
November 17th, 2007 at 1:24 pm
Saya jika awak tinggalkan blog ni, awak dah berjaya memajukannya dalam masa yang singkat, lebih laju daripada blogger lain yang saya kenal.
November 17th, 2007 at 1:25 pm
Terima kasih Zairi,
ia di dorong oleh passion !
November 17th, 2007 at 1:31 pm
Umur Shueqry dah 27 tahun, sepatutnya sudah tidak ada lagi hal begini. Kita dah menginjak alam dewasa dan sudah mampu buat keputusan sendiri.
Rupanya masih ada juga keluarga yang terlalu mengaharapkan anak mereka bekerja dengan kerajaan. Betul juga, boleh apply loan, dapat elaun dan macam-macam claim, tapi saya nampak kakitangan kerajaan ni tak ke mana. Saya sudah muak melihat mentaliti bumiputra yang sukakan keselesaan!
Mereka cuma bangun pagi, pergi kerja, balik dan ujung bulan dapat gaji. Itulah sirkulasi yang berlaku selama 23 tahun akan datang. Kesannya, minda, kewangan dan aspek lain tak berkembang langsung.
Asal sebut bisnes, mereka hanya akan terbayang kegagalan dan bukanna peluang. Shueqry melihat peluang tu untuk menjadi yang pertama dalam memotivasikan rakyuat Malaysia di Internet.
Satu hari nanti Shueqry akan menjadi popular seperti motivatior lain. The time will come, during that, they will know who you really are, your talent and your ability.
Go Shueqry !!
love..
- Lis -
November 17th, 2007 at 1:32 pm
Teruskan berblog, jangan tinggalkan kami begitu saja.
Saya bangga dengan awak, blog ini dan attitude awak.
November 17th, 2007 at 1:34 pm
Jika diberi peluang, saya nak call ibu bapa Shueqry dan beritahu mereka betapa popularnya nama Shueqry di Internet.
Saya kesian dengan masalah Shueqry, tentangan dari parents pula.
November 17th, 2007 at 1:35 pm
Saya baru jumpa blog ni, isinya sungguh menarik sekali.
Takkan nak pergi begitu saja?
November 17th, 2007 at 1:37 pm
Shueqry,
saya masih teringat post awak tentang ketahanan mental. Saya percaya awak ada ketahanan yang tersendiri dan awak ada usaha untuk memajukan lagi blog ni.
Dont give up! Kamu dah makin hampir dengan impian kamu tu, sebagai blogger motivasi Malaysia.
Setiap hari saya baca ayat ni tulisan Shueq:
“Be Strong!”
November 17th, 2007 at 1:39 pm
Hi Shueqry,
saya tinggal di KK juga, baru jumpa blog ni bila saya mahu cari artikel motivasi Dr Fadzilah Kamsah.
ndak sangka ada orang kk yang dikenali ramai macam kamu. Bangga juga saya.
November 17th, 2007 at 1:41 pm
Terima kasih atas sokongan kawan-kawan.
You’re my readers
You’re my friends,
You’re my strength.
Together we stand, go forward !
- Shueqry -
November 17th, 2007 at 1:55 pm
Shueqry,
jangan mudah mengalah dan jangan mudah terikut kata-kata orang lain.
Cita-cita dan impian yang sebenarnya pendorong kemajuan orang-orang yang berjaya dan jangan biarkan ia pergi begitu saja seperti ditiup angin hanya kerana Shueq kena ikut cakap mak dan bapa Shueq.
Sekarang ini pun Shueq dah memberi suntikan inspirasi pada saya bahkan setiap kali masuk ke Internet, saya akan ke sini dulu. Terus terang, saya bangga dengan kerajinan yang Shueq tunjukkan.
Saya juga selalu masuk ke blog-blog lain, mereka menulis pasal perniagaan Internet,adsense, SEO, pasal eBook dan make money tapi semua tu tak lawan perasaan rindu saya pada post terbaru Shueq, tiap hari rasa tak sabar nak baca post terbaru Shueq di blog motivasi ni.
Shueq ada stail tersendiri dan follower tersendiri sekarang. Ada kawan dan ada lawan.
Namun, pencapaian Shueq dalam masa yang singkat membuktikan adanya anak muda Sabah yang berdaya saing dan mampu melangkah lebih jauh. Attitude positif kamu yang mencorakkan populariti Shueq di mata 500 orang pembaca, selain 1000-1200 pengunjung tetap blog motivasi ni setiap hari.
They subscribe to you coz they love you so much, not bcoz your writings, this motivation blog or beatiful post. Setelah menganalisa, Shueqry pandai menjual diri sendiri dan ramai tertawan oleh karisma serta kejujuran kamu. Attitude Dr Sheikh ada pada Shueqry dan saya bangga bila tahu Shueqry menjadikan Dr Sheikh sebagai idola.
Teruskan usaha Shueq, saya menyokong, Just tell me what you need, if it comes to money, i’m ready to help you…
Salam sayang dari New Zealand.
November 17th, 2007 at 1:57 pm
Thanks Siti,
saya tak tahu nak cakap apa, tapi semangat utnuk memajukan diri makin membuak-buak ! I’m speechless, donno what to say, you’ve brighten up my day!
tq .. komen siti fauziah memberi inspirasi pada saya.
Thank you ..
- Shueqry -
November 17th, 2007 at 2:04 pm
Shueqry,
terus terang, tak ramai blogger yang menulis dalam Bahasa Malaysia mampu mencapai 500 orang subscribers dalam masa kurang dari 10 bulan.
Dari post Shueqry, saya tahu yang Shueqry baru saja berblog dari mac 2007 dan sekarang shueqry dah melangkau jauh meninggalkan bloger lain yang lebih dulu bina blog dari Shueqry, walaupun Shueqry hanya menggunakan blog percuma.
Ini satu pencapaian yang cukup istimewa dan luar biasa. Hits blog awak juga banyak, berpotensi untuk pergi jauh dan melompat lebih tinggi, bak kata Sheila On 7.
Ikut kata hati awak dan peluang-peluang akan muncul kemudiannya. Ia dah nampak sekarang.
November 17th, 2007 at 2:07 pm
Kamu ada kepintaran dan kerajinan. Jangan biarkan ia hilang hanya semata-mata kena ikut telunjuk orang lain, walaupun ia mak bapa sendiri.
Mereka akan faham juga satu hari nanti. Teruskan usaha..
November 17th, 2007 at 3:09 pm
I was once in your similar position. And I can only offer this advise. Do what your hearts says. Don’t go in life choosing something that you will eventually regret.
Do you what you are best at and what makes you feel most happy.
November 17th, 2007 at 3:52 pm
Kalau nak cakap pasal kerja, saya rasa Steve Jobs lebih layak bagi pendapat.
Lebih-lebih lagi perkataan JOBS berasal daripada namanya.
Tontonilah video ini
http://attractingyourgoals.com/a-great-speech-by-steve-jobs/#comments
dan beri perhatian kepada cerita yang kedua.
Mungkin ia dapat membawa Shueqry kepada penyelesaian.
November 17th, 2007 at 4:37 pm
Thanks Raymond, you showed me a great advice, and a BIG inspiration !
thank you ..
- Shueqry -
November 17th, 2007 at 5:33 pm
Hey..ramli ms here
lama x jengah blg u..yes, agree with raymond..steve said - Dont be like DOGMA. i see this vid 2 years ago when i’m study.
live than other people life,create ur own world buddy
lis..cun nampak,phewit ;P
November 17th, 2007 at 6:44 pm
Hi Shueqry,
You’re very welcome.
I can only show you the advice but in the end, the decision is still in your hand.
November 17th, 2007 at 8:08 pm
saya amat menyokong apa yang saudari lis suarakan .memang betul..tapi saya syorkan supaya saudara shukri banyakkan doa lembutkan hati orang tua dan gunakan LOA seperti yang saudara telah buat sebelum ini….
teruskan perjuangan anda..
shukri BOLEHHH..
wasalam.
November 17th, 2007 at 11:30 pm
“Umur Shueqry dah 27 tahun, sepatutnya sudah tidak ada lagi hal begini. Kita dah menginjak alam dewasa dan sudah mampu buat keputusan sendiri….”
Saudari Lis:
Kata Dato Dr Fadzilah, “Semua pekerjaan kita ada keberkatan dan keberkatan datang dengan redha ibu-bapa….” Jadi keberkatan dan redha dalam hidup Shueqry sebagai motivator tetap di bawah ibu bapanya meskipun sudah 27 tahun.
Saudara Shueqry
Saya kira begini, apa kata saudara cari satu pekerjaan sambilan sebagai diversion daripada pekerjaaan sebagai polis.
Kerja pejabat buat sementara walaupun tetap tetapi saudara masih boleh meneruskan passion saudara dalam bidang motivasi dan penulisan blog.
Saya berkongsi keadaan dengan saudara, ibu suruh cari kerja tetap, abang sudah beri poin-poin dan ruang bekerja, dan saya menimbangkan keadaan ini.
Pertama, saya ingin menjadi penulis bebas sepenuh masa, apa keperluan yang perlu saya penuhi.
Buat masa ini, saya bersetuju bekerja tetap meskipun saya bercita-cita menjadi jurulatih penulis bebas sepenuah masa. Kerja menjadi kem sementara, sebagai persiapan penuh ke arah impian. Ini saya pelajari dari Dale Carnegie.
Sama seperti DFMK, beliau menyusun perancangan motivator nasional ketika mana masih bergelar pensyarah dan ketua jabatan Komunikasi di UPM sebelum meletak jawatan.
HM Tuah atau Fadhilah Ithin kekal sebagai wartawan sementara membina nama sebagai penulis dan motivator sepenuh masa.
Irfan sendiri bekerja di syarikat multimedia di Eropah ketika menjalankan perjalanan cita-cita sebagai usahawan internet.
Saya percaya saudara boleh mencapai cita-cita, tapi cipta kem sementara. Mungkin pekerjaan tetap bagi memuaskan hati ibu bapa, agar melihat ada income tetap dan pada masa sama kuatkan tiang cita-cita saudara. Bertindak dengan strategi.
November 17th, 2007 at 11:39 pm
Poin mudah
1. Cari kerja yang tidak perlu bekerja sampai malam. Sebagai memuaskan hati ibu bapa Syuk bahawa syuk ada pendapatan tetap. Just creating the environment of barakah in your life.
Jika boleh kerja yang ada persamaan dengan minat syuk, lebih mudah syuk menjadi motivator online. Sebagai contoh, saya bekerja di UIA di jabatan Media kerana ia berkaitan dengan bidang yang saya minat, penulisan. Selepas ini saya akan melompat dalam yang hampir sama iaitu pendidikan, masih ada ciri-ciri berkaitan dunia penulis yang ingin saya perolehi.
2. Malam jadikan agenda syuk menulis mengenai motivasi dan bisnes internet.
3. Kita mencari win-win situation antara ibu-ayah dan saudara.
4. Elak lukakan hari sendiri dan hati ibu bapa (while they still alive,) win-win formula memang penting, Saya yakin key poin ibu bapa ialah nak syuk ada pendapatan tetap bukan?
Ketika saya menulis ini saya terbayang wajah ibu saya dan arwah ayah saya. Saya menulis dengan hati saya. Saudara pendukung motivasi Islami, dan saya yakin ikut gerak hati memang penting dan pada masa sama ada strateginya.
November 18th, 2007 at 12:36 am
1st of all syukur pd Allah and thanks a lot buat saudara syukry. saya hampir hilng matlamat hidup dan apb bertemu blog saudara saya hampir menangis kerana akhirnya saya bertemu apa yg saya cari.
inilah satu2nye blog yg paling saya gemar dan war2kan pd rakan. saya harap saudara terus berblog utk membantu mereka yg diluar sana.
dalam hal ini, saya harap saudara shukry mintalah petunjuk dr Allah, buat solat ishtiharah. insyaAllah, saudara di beri petunjuk. Amien…
November 18th, 2007 at 12:48 am
1st of all syukur pd Allah yg menemukan sy blog saudara syukry.
thanks a lot. sy hampir hilang matlamat hidup sebelum ini. dan sekarang blog ini menjadi tatapan sy setiap hari.
hopefully, this blog still available in future.
teruskan usaha saudara dan buatlah solat ishtiharah, insyaAllah diberi petunjuk olehNYA. Amein..
November 18th, 2007 at 3:52 am
Salam,
Saudara Shueqry,
“Believe that u can do it”
“Believe that u deserve it”
Seandainya yg terbaik adalah restu ibu bapa,menjadi pilihan teruskan…berkarya dan memburu ilmu tidak akan pernah habis walau di mana atau bila pun…
Salam,
November 18th, 2007 at 6:08 pm
Terima kasih,
Sebelum saya diminta utk join pasukan Polis, saya memang telah bekerja sendiri full time dari Internet sejak Mac 2006 lagi, waktu tu model punca pendapatan saya adalah dengan menjadi affiliate pada produk seperti eBook serta software. Sekarang saya menumpu pada blogging.
Ibu bapa saya mulanya menentang sebab saya resign dari Astro tanpa sebab yang kukuh. Saya berani ambil risiko sebab saya ada simpanan sebagai backup. Bila saya tunjukkan pendapatan saya pada mak dan bapa saya, mereka mengizinkan saya bekerja sendiri sejak dari tahun lalu lagi..
Cuma kali ni, desakan datang bukan dari mak dan bapak saya tetapi dari pakcik dan makcik yang kata saya takde kerja. Saya maafkan mereka sebab mereka tak tahu apa dia blog, website, upload, download dan hanya tahu Internet sebagai sumber maklumat percuma.
Bahkan mereka memandang rendah pada saya yang bekerja sendiri yang poada pandangan mereka kena struggle dan penuh ranjau berduri, walhal ramai lagi sepupu saya yang masih menanggur di kampung. Mereka tak nampak sikap berdikari dan optims yang ada di dalam diri saya, lagipun saya jauh di kota kinabalu dan payah untuk saya expalin dengan mereka kerjaya saya.
Sebenarnya parents saya dah laam memberi lampu ijau pada apa saja yang saya buat sekarang ni, janji saya jaga sembahyang, mampu jaga makan minum sendiri, call mereka selalu dan jujur dengan mereka, tu saja.
Family saya jauh dikampung dan saya pula 566 kilometr jauh di kota kinabalu, tinggal bersama kengkawan. Parents saya dan pakcik serta makcik saya tak nampak cemana saya buat kerja, bukan seperti 2 adik perempuan saya yang bekerja sebagai Guru, dihantar dan diambil dari sekolah tiap hari (saya bangga dengan mereka sebab mengikut jejak langkah ibu bapa saya!)
Sebab itu mereka ragu. Namun, saya berjaya yakinkan mereka yang saya dah boleh berdikari. Balik kampung baru-baru ni saya tunjuk buku akaun saya untuk hilangkan keraguan mereka.
Dalam bulan ini saya dalam proses untuk membina passive income sebagai seorang blogger. Selepas itu, baru saya menumpu pada motivasi sepenuhnya, walaupun sekarang masih part time.
Alhamdulillah, dengan berdikari banyak yang saya pelajari dan banyak ilmu yan saya serap menjadi tabiat serta pemangkin kemajuan diri. Buat masa ini income saya sebulan paling kurang RM800 dan memang takde had maksima, setelah saya bekerja keras menstabilkan pendapatan berdepan cabaran yang lalu. Terima kasih pada eBook Magnet Rezeki !
Dengan income tu saya membayar streamyx, sewa bilik dan maintenance pc saya.
Selebihnya, saya simpan sebab saya nak beli rumah sendiri, kereta sendiri dan semestinya untuk persediaan ke alam dewasa, walaupun saya sekarang single. The time will come soon, cuma calonnya belum ada.
Saya jarang beli baju baru, tengok wayang, tuka hanphone baru atau bershopping sakan sebab saya memilih untuk bersederhana.
Penghijrahan blog motivasi ini kepada domain sendiri saya tangguhkan sebab saya nak buktikan pada mereka yang masih baru, jangan takut pakai sumber percuma di Internet, as long ia digunakan untuk tujuan yang baik dan bermanfaat untuk orang lain. Tumpukan pada perkongsian maklumat dan beri inspirasi pada orang lain supaya mereka sedar mereka ada potensi untuk berjaya seperti ornag lain sebelum ini.
Syukur mak bapa saya faham keputusan saya tak nak join Polis. Di kampung saya takde talian Internet jadi susah utk mereka lihat blog ni serta blog-blog lain.
Saya teringin benar nak lihatkan pada mereka cemana saya menaip artikel di blog dan cemana saya dpt income ke dalam akaun PayPal saya.
Konflik tu berjaya diselesaikan dengan damainya, tanpa perang besar.
Alhamdulillah,saya boleh berblog dengan tenang.
Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi komen.
November 18th, 2007 at 7:33 pm
Saya jarang beli baju baru, tengok wayang, tuka hanphone baru atau bershopping sakan sebab saya memilih untuk bersederhana.
Heheh samalah kita!
Oh bro ada gambar terbaru semasa program ceramah di Wangsa Maju, nanti saya taip tip-tip Amar Mahmood Kuasa Minda Jutawan.
wwww.motivasiminda.wordpress.com
November 19th, 2007 at 8:52 am
Shueqry,
jika pada tahap ini ibubapa,saudara-mara masih mengharapkan sesuatu jika kita tak mengikut arus mereka, saya tak hairan.Saya juga mengalami keadaan yang hampir serupa pada umur yang lebih tua beberapa tahun dari shueqry.Laman blog shuqrie le.. yang bagi semangat selain motivator lain.setiap pagi sebelum mula kerja sy akan dptkan semangat baru dari blogger seperti shuqrie so mana boleh shueqrie tinggalkan saya macam tu aje. Ini tak adil!
Inikan kelainan yang harus dibanggakan.Shuqrie sanggup buat apa yang ahli keluarga lain tak sanggup buat.Saya amalkan petua ini hasilnya saya mula mendapat kepercayaan sedikit demi sedikit walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga. Saya tak kisah, kalau dulu saya rasa macam diri saya tak guna satu sen tapi sekarang dan ada sedikit nilai.Doakan saya untuk cemerlang dengan harga yang terperi nilainya.Saya doakan shuqrie juga..
November 19th, 2007 at 4:53 pm
Syukri,
walaupun saya rasa shukri dah ada jawapan pada persoalan ni, terpanggil juga utk comment.
Kalau min gaji sekarang pun dah 800,itu sudah cukup bagus(baca:dgn max gaji unlimited). berbanding kalau shuk baru nak join mana2 kerja makan gaji. mungkin 1500 atau 2K,(gaji permulaan),saya rasa tak ada beza sangat tu.. Concern ibu bapa ni sebab diorang risau maklum dioarang ada pendapatan tetap.Berbanding dengan kerja sendiri ni yang bergantung betul2 usaha (dan juga rezeki nasib).
Jadi kalau concentrate betul2 pada apa yang awak dah buat sekarang,saya rasa InsyaAllah, bak kata Azizi Ali, jangan jadi half-half.Jangan berada dalam persimpangan.Decide which road you want to go.Bacalah buku beliau- Extreme Millionaire.
Itu saja, good luck