Segalanya Boleh Berubah

Saya selalu kata, kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikir susah, apa yang kita buat semuanya jadi susah.

Fikir senang semuanya akan jadi senang, mudah dan mesti boleh buat punya. Segalanya boleh berubah.

Cuma, tak ramai boleh bertahan lama. Perubahan yang kita inginkan memang boleh terjadi. Selain dari mindset seperti di atas, perlu ada usaha lebih lagi.

Kebanyakan orang dah give up bila perubahan yang dimahukan hanya sedikit. Sebab, mereka mahukan hasil yang cepat. Sometime, ada juga orang yang tersedak mahu hasilnya dengan kadar lebih cepat.

Saya faham, sikap itu dah jadi lumrah manusia. Dalam diri kita ada sikap tamak, mahu senang dan satu lagi, mahu selamat.

Perubahan boleh dicapai bila ada gabungan 3 elemen, mindset, usaha dan tawakkal. Andai salah satunya kurang, Anda akan perasan apa yang Anda inginkan tak menjadi.

Bila ia dah menjadi walaupun sikit, itu tandanya usaha Anda dah membuahkan hasil, cuma masih sikit. Jadi, kena usaha lebih lagi, cari ilmu, kerja lebih rajin lagi supaya dapat hasil yang lebih banyak!

Kita adalah yang kita fikirkan. Jangan sesekali mengharap hasil yang cepat, tapi kurang bekerja, kurang tindakan, kurang usaha.

Biar usaha lebih, sebab hasilnya akan muncul sendiri juga nanti. Fokus 100% pada usaha!

Andai Anda bertemu kegagalan, jangan fokus fikiran pada kegagalan tu, tapi fokus pada hasil sebenar yang Anda mahukan. Emosi perlu kuat, semangat juga perlu kuat.

Be strong in heart, mind and soul.

Kita mesti LiveStrong!

Share This Post

Komen? Pendapat?