Segalanya Hanya Panduan
Perubahan bergantung pada Anda sendiri. Apa yang saya tulis di laman blog iMotivasi hanya sebagai panduan, tips dan cara bagaimana mahu mencapai perubahan yang lebih baik.
Tetapi, perubahan sebenar di cetuskan oleh Anda sendiri. Saya, blogger motivasi yang lain dan pakar motivasi ternama di luar sana hanya mampu memandu dan menunjuk arah, namun yang perlu bertindak nak berubah adalah Anda.
Bila ada orang yang berkata buku-buku motivasi dibacanya langsung tak berkesan, sebenarnya dia yang kurang mendesak diri sendiri untuk berubah. Tiada siapa yang mampu push diri Anda supaya berubah. Anda mesti memulakan perubahan itu.
Buku-buku motivasi hanya memberi panduan apa yang perlu dilakukan. Keberkesanannya bergantung pada sejauh mana Anda menyerap tips yang diberi lalu diaplikasi menjadi tabiat Anda sendiri.
Orang yang mengkritik buku-buku motivasi bukan niat mahu belajar memajukan diri, tetapi mahu mencari salah penulis supaya dia nampak lebih pandai dari penulis buku tersebut. Tiap kali ada buku-buku terbaru, semuanya dianggap remeh.
Orang yang niatnya mahu memajukan diri, lebih banyak diam. Dalam masa yang sama, mempraktikkan tips-tips motivasi yang dibacanya.
Orang-orang sebegini melihat buku motivasi sebagai panduan berharga, lebih bernilai dari emas mahupun sebiji permata. Sebab, mereka tahu kesan dari membaca buku-buku tersebut mampu menjadikan mereka semakin maju, semaju yang mungkin, mencapai pencapaian tinggi, setinggi yang mungkin.
Anda yang mana satu?
May 27th, 2008 at 1:52 am
Saudara,
Saya suka entri ini!
Pertama, buku adalah muse, atau pencetus kepada sesuatu. Ia bukan penyelesai kepada keadaan. Tetapi mencipta percikan idea-idea untuk menyelesaikan keadaan.
Kedua, buku ada caj yang mengecas memori-memori lama bahawa kita tahu cara untuk melakukan sesuatu tetapi terlupa (sudah lama tidak digunakan)
Ketiga, isu kritikan. Ada dua satu konstruktif dan satu lagi destruktif. Orang membaling kayu pada pohon yang mempunyai buah yang manis. Itu kritikan konstruktif. Orang menebang pokok untuk menanam pokok baru, itulah kritikan destruktif.
Entri yang paling bisa!
———————————–
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
May 27th, 2008 at 8:32 am
Motivasi hanyalah satu dorongan!
Tidak kira ianya datang daripada pakar, individu biasa, bahan bacaan(buku), cd, vcd mahu pun persekitaran ianya tidak lebih daripada satu bentuk dorongan sahaja tidak lebih daripada itu!
Jika kita menerima dan menggunakannya ia akan memberi faedah yang baik untuk diri kita.
Sebaliknya jika kita menerima dan tidak mengaplikasikannya ianya tidak memberi sebarang makna buat diri kita!
Fikir-fikirkanlah..
Salam kekayaan,
THINKERICH
http://www.PemikirKaya.com
Motivasi ; Kekayaan, Kewangan & Peribadi
May 28th, 2008 at 11:30 am
Salam perkenalan. Teruskan usaha saudara Shueqry memberikan rangsangan motivasi kepada orang lain. Satu usaha yang amat baik.