Selamat Datang Ke iMotivasi.com

Selamat datang ke blog saya, iMotivasi.com

Saya, shueqry. Sekarang, saya tinggal dan bekerja di kota kinabalu, sabah. Berumur 26 tahun, birthday saya 4 Oktober nanti.

Minat saya yang utama adalah pada internet dan komputer. Internet yang macam mana tu?

Mulanya saja join banyak forum sejak tahun 2000 lagi dan start bertukar-tukar email dengan kawan-kawan online dari dalam dan luar Malaysia, then start serius dalam bisnes internet pada tahun lepas..mengenai minat komputer, saya actually bukan lulusan komputer atau bidang design, tetapi saya graduan Banking & Finance UiTM Kota Kinabalu, tinggalkan kampus pada April 2002.

Ok, i will talk a little about my family. Bapa saya, mak dan adik perempuan saya bekerja sebagai tenaga pengajar, cikgu sekolah. Saya anak sulung dari 5 adik beradik. Semua diorang ni ikut jejak langkah mak bapak saya, jadi guru. Kecik-kecik lagi dah terserlah bakat diorang, kat sekolah cemerlang dan ada cita-cita nak masuk maktab lepas tu amik Ijazah Perguruan.

Tapi, kenapa saya tak jadi cikgu? Mau tau jawapannya? Simple..

Sebab bidang perguruan bukan minat saya. Itu main reason saya ambil fakulti Business Management masa study kat Uitm KK dulu tu. Ramai juga pacik-pacik saya yang bangkang keputusan diriku ini, tetapi, memang saya tak minat nak jadi cikgu. Biarlah adik-adik saya, tetapi bukan saya.

Bapa & mak saya juga tak paham sebab utama saya masuk UiTm. Semuanya sebab minat pada bisnes.Tapi, itu apa yang saya pilih dan diorang pun ok. Memula nak ambil jurusan Sains Komputer, tapi, ntah kenape, saya teringin pula masuk UiTM. Walau apa pun, saya amat bersyukur sebab saya berpeluang masuk U. Pada graduan-graduan di luar sana, anda patut bersyukur.

Saya masih baru dalam bisnes internet. Lebih-lebih lagi, saya memberanikan diri bekerja sebagai usahawan internet sepenuh masa. Dah minat. Pulak tu enjoy buat kerja sorang-sorang depan komputer. Seronok sangat, seronok macam orang yang suka layan Game, dia akan main game tu selama mana yang dia mau sampai di apuas hati. Begitu juga saya, cuma saya bukan gammers.

Jangan hairan kenapa saya bagitau semua pasal diri saya. Ok, ini jawapan saya.

There’s nothing to be afraid of. Buat apa nak sembunyi tu semua?

Takut di kritik?

Biar ramai orang kenal saya siapa. Rasanya itu lebih ok dari menipu dan menyembunyikan identiti saya yang sebenar. Lebih baik berterus terang.

Saya mahu kenal dengan ramai orang. Offline atau online. Sebelum saya kenal diorang, biarlah diorang (termasuk anda pembaca blog ni) kenal saya dulu. Adil kan?

Saya menulis, kerana saya mahu menulis. Tanya Azizi Ali kenapa dia juga minat menulis. Dia suka membaca dan telah membaca lebih 600 buah buku yang semuanya mengenai kewangan dan jutawan. Minat saya dengan dia sama. Dia idola saya. Mulanya dia bekerja sebagai seorang pilot yang tak tahu langsung pasal kewangan.

Berlainan dengan saya, pada umur 19 tahun saya dah belajar mengenai pengurusan akaun dan pasal kewangan. Sedangkan masa sekolah dulu saya lebih terdedah pada Sains dan Bahasa Arab. Ditepi komputer saya sekarang ini saya baru ada 70 buah buku, kebanyakan mengenai motivasi, bisnes internet, marketing, selling dan kekayaan.

Sebelum saya kaya dari segi financial, saya mahu kaya ilmu dan knowledge dulu. Saya cuma ikut apa yang disarankan dari buku-buku yang saya baca. Jutawan perlu bermula di minda. Itu kata Irfan Khairi.

Sampai di sini dulu post saya kali ini. Nak gi swimming ni..

Saya juga akan ceritakan kenapa saya minat swimming, dan kenapa saya sanggup berlatih utuk memahirkan diri dengan gaya bebas, gaya kupu-kupu dan segalanya pasa swimming serta bagaimana saya mampu menguasinya dalam masa 3 minggu saja. Ajaib kan?

Tunggu di post akan datang. Saya tunggu awak di sana.

Salam perkenalan.

shueqry

kota kinabalu, sabah.

p.s : Boleh SMS saya di 016 834 0107 atau email ke shueqry@yahoo.com. Saya balas punya! Thanks :-)

Share This Post

One Response to “Selamat Datang Ke iMotivasi.com”

  1. Anonymous Says:

    huhu, baru aku nampak ko punya blog ni, shueqry..teruskan usaha..

Komen? Pendapat?