Selamat Hari Guru Dari iMotivasi
Hari ini, 16 Mei 2008 adalah hari guru. Di kesempatan ini, blog iMotivasi mengucapkan Selamat Hari Guru khusus buat guru-guru, ustaz dan ustazah serta warga pendidik di seluruh Malaysia.
Personally, saya tujukan ucapan ini khas buat guru-guru di sekolah lama saya, SMK Agama Tun Sakaran. Kerajinan mereka mendidik amat berharga buat diri saya. Andai mereka membaca laman blog ini, saya mahu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Buat mak dan bapa tersayang, Selamat Hari Guru.
Tak lupa juga buat kedua-dua adik perempuan saya yang bekerja sebagai guru, jalankanlah tugas mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Ani dan Farah, you two really make me proud!
Andai mereka berdua menjadi blogger motivasi, they are my strongest competitors. Dedikasi adik-adik saya terhadap kerjaya perguruan banyak menarik kekaguman saya. Walapun saya hanya mendidik melalui blog, saya tak nak kalah!
Buat pembaca laman blog iMotivasi yang bergelar Cikgu, Selamat Hari Guru dari saya.
Walaupun saya hanya seorang blogger motivasi, ramai juga cikgu-cikgu yang sering masuk ke sini, rajin menghantar email dan selalu mengirim sms mengucap terima kasih, sehingga ada yang mahu menjemput saya ke sekolah masing-masing untuk memberi ceramah motivasi..Wow!
Ramai juga pembaca yang menjadikan tulisan-tulisan saya sebagai rujukan peribadi, sebagai bahan kertas kerja mahupun untuk presentation dalam kelas, ucapan teks dan untuk diforwardkan ke rakan-rakan. Saya tak tahu sebenarnya banyak artikel motivasi saya yang ‘bertaburan’ di laman Friendster, Myspace serta di Yahoo Groups.
Yang lebih mengharukan, ada beberapa orang staff swasta menjadikan artikel motivasi saya sebagai isi utama sesi morning gathering syrikat mereka. Saya tak mahu mendedakan nama mereka di sini, sebagai penghormatan pada privasi masing-masing. Apa-apapun, terima kasih yang tak terhingga.
Doakan moga blogger iMotivasi muncul di Motivasi Pagi TV3!
Bersama kita menjadikan impian ini satu realiti. Saya percaya dengan sokongan dan doa dari Anda, ia mampu dicapai!
Artikel Berkaitan
May 16th, 2008 at 10:51 pm
Selamat hari guru shueqry..Saya percaya awak mampu menjadikan impian awak realiti. Semoga dapat memberi motivasi di TV3 pula seperti ahli motivator yang lain..
May 16th, 2008 at 11:45 pm
Terima kasih.
Hadiah Hari Guru yang saya terima amat mengharukan.
May 17th, 2008 at 8:38 pm
Shueqry,
Selamat hari Guru kepada Anda juga…kerana anda boleh dianggap sebagai Guru kepada pembaca Blogger Motivasi yang lain…
Tahniah…Shueqry teruskan usaha anda mendidik melalui blog ini..
Salam Kekayaan,
THINKERICH
May 17th, 2008 at 8:53 pm
Raymond Chua,
Selamat hari guru juga buat anda!
THINKERICH
May 17th, 2008 at 10:14 pm
Terima kasih, thinkerich.
May 18th, 2008 at 12:17 am
Guru pendukung wawasan Negara…
Sambutan Hari Guru dibuat kat Melaka..
Dekat tempat keje saya,..
PM turun sampai kete saya kena block..
Apa2 pun ‘ SELAMAT HARI GURU’ jasamu dikenang…