Selamat Hari Ibu Dari iMotivasi
Saya tak tahu bila tarikh perayaan sebenar hari ibu.
Satu-satunya yang saya tahu, hari ini adalah hari ibu sedunia.
Buat mak saya, Selamat Hari Ibu..
Saya tidak dapat mengucup tangannya dan mengucapkan selamat hari ibu, seperti yang dilakukan oleh orang lain. Mereka jauh di kampung, saya pula bekerja di Kota Kinabalu. Hanya blog motivasi ini menjadi perantara..
Walaupun saya selalu berjauhan dari keluarga, doa untuk mak dan ayah saya tak pernah putus. Mereka telah membentuk saya, sehingga saya menjadi seperti yang Anda kenali hari ini.
Buat pembaca laman blog iMotivasi yang bergelar ibu, Selamat Hari Ibu saya ucapkan.
Sokongan dan kerajinan Anda masuk ke sini satu penghargaan terbaik buat saya.
In return, saya juga mahu buat yang terbaik buat Anda, untuk komuniti pembaca serta untuk diri saya sendiri. I wanna do the best!
Khas buat pembaca iMotivasi yang bergelar ibu, saya kepilkan video Ayah dan Ibu, nyanyian Aznil Nawawi pada salah satu konsert AF5.
Syahdu sungguh video ini, melihat para pelajar AF5 ditemukan dengan ibu bapa masing-masing. Memang syahdu.. Hargailah ibu bapa Anda, selagi mereka masih bernafas dan masih ada.
Doakan, moga saya juga bertemu dengan bakal ibu yang mithali untuk anak-anak saya.
Selamat Hari Ibu dari iMotivasi.