Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2008

Salam buat pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hendaknya.

Di Kota Kinabalu sekarang rancak dengan sambutan Pesta Menuai yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. Perayaan ni di sambut oleh suku kaum Kadazan, Murut dan Dusun.

Walaupun saya orang Bajau, saya ada ramai kawan dari tiga suku di atas. Bajau kami di Semporna bukan Bajau yang bertanam padi seperti di Kota Belud, tapi lebih dikenali sebagai suku Bajau Laut. Perayaan paling besar di Semporna adalah Regatta Lepa yang diadakan setiap 14 higga 16 April tiap tahun.

Well, di kesempatan ni, saya mengucap Selamat Menyambut Pesta Menuai buat pembaca iMotivasi dari suku Kadazan, Dusun, Murut serta buat rakan-rakan blogger dari Sabah. Good news guys, i’m joining you all in the second Sabahan Bloggers Gathering!.

Actually, pembaca dari Semenanjung masih lagi mendominasi bilangan pembaca blog iMotivasi.

Terima kasih pada beberapa orang pembaca yang mengirim sms, memberitahu tulisan-tulisan saya di sini banyak memberi kesan dan memberi semangat pada diri mereka. Saya terkedu, terharu, hingga menitis air mata sebab tak sangka saya dah mencapai tahap itu, di mana saya menjadi pencetus inspirasi pada orang lain. Thank you!

Saya hanya tahu menulis terus dari hati. I write with love ..

Menjadikan Anda bersemangat satu pencapaian paling cemerlang buat saya. Artikel-artikel di sini terus ada sebab mahu menjadikan bahan-bahan motivasi banyak terdapat di Internet khususnya buat pembaca berbahasa Melayu, disamping mendidik tentang pembinaan minda sebagai tools hebat bagi mencetus kecemerlangan. Sebab, cuma sedikit tips motivasi yang ada ‘bertaburan’ di Internet.

Atas masalah itu, saya merasakan perlunya peranan saya dan blog iMotivasi memberi bahan-bahan motivasi berguna buat tatapan Anda. Moga apa yang saya tuliskan di blog ini mencetus perubahan dalam diri Anda, membetntuk Anda orang yang sangat-sangat berpotensi untuk menjadi cemerlang.

Perubahan hari ini, menjamin kecemerlangan di hari esok.

Berubahlah menjadi semakin baik, semakin bersemangat, demi masa depan yang lebih cemerlang!

Share This Post

Komen? Pendapat?