October 30, 2007 | By Shueqry |
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dalam tips motivasi kali ini, saya berkata tentang menyemarakkan impian. Ibarat lagu Akademi Fantasia bertajuk menuju puncak, itulah juga feel yang dirasa tiap kali memikirkan tentang mencapai impian.
Setiap dari kita ada impian masing-masing, namun kita lupa tentang impian-impian kita tiap kali berdepan dengan kegagalan, cabaran dan permasalahan dalam proses mahu mencapai impian tersebut. Ibarat mendaki ke puncak gunung, bila terkandas di tengah kita fokus kepada masalah kita dan bukannya puncak yang mahu ditakluki.
Walau apa jua impian Anda, mahu menjadi pelajar cemerlang, seorang pekerja cemerlang ataupun usahawan Interet cemerlang, semarakkan impian dengan ‘mendekati’ impian Anda setiap masa. Kalau boleh, bayangkannya sekerap mungkin berkali-kali setiap hari.
Minda separa sedar bukan hanya setakat ada kuasa tak terbatas tetapi ia adalah satu
mekanisma yang menuruti apa saja yang di masukkan ke dalamnya. Sebagai contoh, jika Anda mahu menjadi seorang pelajar cemerlang, pelajari bagaimana cara-cara nak menjadi pelajar cemerlang dan langkah-langkah apa yang perlu dilakukan untuk menjadi pelajar cemerlang.
Masukkan kesemuanya ke dalam minda separa sedar Anda dengan membaca, meneliti, mengkaji dan memahami. Seandainya impian Anda mahu menjadi usahawan Internet berjaya yang mempunyai pendapatan tanpa batasan, baca bagaimana caranya Anda nak mencapai impian tersebut, kaji apa yang perlu dilakukan dan dalam masa yang sama, bina rangkaian usaha dengan usahawan-usahawan dengan usahawan Internet lain. Dalam masa yang sama, ini akan menaikkan motivasi Anda.
Langkah terakhir, bertindak!
Anda perlu melaksanakan langlah-langkah yang telah dirancang, dengan itu menjadikan Anda semakin dekat dengan impian Anda. Contohnya, jika Anda berimpian mahu menjadi usahawan Internet berjaya, belajar untuk bina website, belajar cara-cara promosi Internet dan menganggap kegagalan yang Anda tempuhi satu “cara salah” dalam usaha mencapai impian Anda.
Contoh lain, jika Anda mahu mencapai impian menjadi seorang angkasawan Malaysia, kaji cara bagaimana Anda boleh mencapainya, masukkan ke dalam minda dan seterusnya bina ciri-ciri insani yang diperlukan pada diri Anda untuk menjadi Angkasawan, seperti pengetahuan sains, stamina fizikal yang tinggi dan ketahanan mental yang mantap.
Impian perlu disemarakkan dengan motivasi, setiap pagi, tengahari, petang dan sebelum tidur. Motivasi dalam diri yang cukup mampu meledakkan seseorang untuk melakukan apa saja cara halal untuk mencapai impiannya.
Lakukannya hari ini juga!
- Shueqry -
all for one, one for all.
Komen? Pendapat?