Membina Blog Motivasi Dari Zero

Dengan perpindahan blog motivasi baru ke site Wordpress ni, banyak yang perlu disiapkan, hampir kesemuanya dimulakan dari zero.

Satu lagi, layout dalam Wordpress amat berlainan dengan yang ada di dalam akaun Blogger.

Jika di dalam blogger, semuanya sudah tersedia. Nak tambah HTML kod ke, feed, gambar atau video di bahagian tepi sebelah kanan atau kiri, cuma perlu masukkan apa yang kita nak tambah, kemudian boleh di drag and drop sesuka hati ke atas atau ke bawah.

Bila menggunakan Wordpress, perlu belajar asas HTML atau perlu tahu serba sedikit untuk tweak theme layout. Maksudnya, untuk tambah iklan, link atau apa-apa kod HTML di sidebar, kena masuk ke bahagian theme editor lalu ubah kodnya dari sana.

Agak mencabar.

Untuk menjimatkan masa, saya dah beli panduan PakejBlog dari FlareBiz. Oleh sebab saya sibuk dengan tugas-tugas lain, saya mahu pendekkan masa dari mengkaji satu-persatu.

Saya boleh cari apa yang saya mahukan. Tapi, bila dah sampai tahap nak menguji kesemua yang saya jumpa satu-satu, ia banyak mengambil masa, kesabaran dan tenaga sebab kita akan banyak buat silap.

Kita kena work hard in smart way. Syukur alhamdulillah semuanya dah selesai, cuma beberapa minor task saja.

Wordpress ada kelebihan yang tak ada pada site Blogger.com, paling ketara terutama ketika memberi komen.

Nak bagi komen kat blog motivasi lama dulu, Anda kena tunggu 5-15 saat dan saya faham, takkan ada sesiapa yang sanggup nunggu gitu semata-mata nak beri komen. Last-last idea ilang.

Rajin menulis blog dengan Wordpress akan membuat blog mendapat ranking tinggi di enjin carian. Saya bertungkus-lumus untuk menaikkan ranking blog motivasi baru ni kemudian menarik ramai pengunjung, seberapa ramai yang mungkin dari seluruh pelusuk ruang Internet Malaysia.

Saya masih lagi belajar teknik menarik pengunjung dari enjin carian seperti Google, Yahoo dan LiveSearch. Cara yang paling asas adalah dengan rajin memasukkan artikel-artikel baru di blog, kemudian ‘ping’ beberapa site.

Di blog lama, saya menggunakan beberapa teknik terutama teknik menarik pengunjung dari Friendster dan MySpace. Kemudian, rajin menghantar artikel-artikel motivasi di groups.

Cara lain, aktif di beberapa video site, YouTube, Metacafe, Google Video dan MySpace video. Ketiga-tiga teknik ni mesti ada usaha konsisten, persisten dan komitmen.

Bagi Anda yang berkeluarga, agak mencabar sebab perlukan masa lebih 8 jam semata-mata nak promote blog guna cara ni, setiap hari ! Mempromote blog baru perlukan stamina jiwa yang tinggi, kena banyak sabar.

Personally saya berterima kasih pada Zul SmartUsaha, sebab dia menulis panduan Wordpress yang cukup lengkap berbanding eBook-eBook dan blog tentang Wordpress dalam Bahasa Inggeris. Saya rajin masuk ke blognya setiap hari.

Walaupun saya banyak membaca tentang Wordpress, saya masih lagi silap dalam beberapa perkara. eBook yang ditulis olehnya banyak membantu saya. Thanks Zul..

Terima kasih pada team FlareBiz. Saya beli eBook PakejBblog dari mereka,dapat ngan beberapa eBook bonus yang mustahil untuk saya dapat di tempat lain. Thank you..

Syukur, semuanya dah hampir selesai.

Fokus seterusnya, saya mahu menulis artikel motivasi dua kali ganda lebih rajin!

Share This Post

2 Komen Pembaca


  1. owh, kalau sia mo buat blog Wordpress, sia minta tulung sama kamu saja. Bole ka?

    Sia belanja makan bah :D

    -Lis-

    Quote | Posted July 20, 2008, 6:12 pm

  2. chayok la abng ni ………….smoga brjaya.sye minat laman nu sbb bnyk motivasi yg sye dapt.agipun sya bnyk putus asa…… sbb tu nk bngunkn diri ini k blog ni the best ..assalammualaikum

    Quote | Posted July 25, 2008, 9:00 am

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini