Siapa Dia Manusia Yang Hebat?
Manusia yang hebat adalah manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila dia kuat berusaha dan melaksanakan apa yang dirancang olehnya.
Manusia hebat menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha dan usaha. Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu kepada proses pencapaian matlamat mereka.
Bila orang lain mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!
Kehebatan milik sesiapa jua yang rajin berusaha tanpa mengenal penat lelah.
Lance Armstrong, Anthony Robbins, Irfan Khairi, Amit Agarwal, Dr Sheikh Muszaphar, Siti Nurhaliza adalah contoh manusia-manusia hebat. Mereka adalah yang terbaik dalam bidang masing-masing.
Mereka adalah contoh terbaik insan yang kuat bekerja, dengan usaha yang hebat juga.
Adakah usaha Anda setakat ini sudah hebat? Atau masih sederhana?
Jika belum, ubah diri menjadi hebat seperti mereka, rajin seperti mereka dan dahagakan kejayaan seperti mereka!
Live Smart and Live Strong.
May 20th, 2008 at 9:16 pm
TQ, sangat kena dengan mood saya hari ini, untuk USAHA lebih lagi.
May 21st, 2008 at 12:04 am
Thanks Shueqry,
LEBIH BERUSAHA…
THINKERICH
May 21st, 2008 at 7:44 am
manusia hebat…siti nurhaliza????siti hanya bergantung kepada suaranya…jika tiada suaranya..tiadalah kehebatannya…
pada pendapat saya…manusia hebat adalah tun mahathir…
sekadar pandangan kecil dari insan yang lemah..
jika ada kesilapan silalah tegur..
May 21st, 2008 at 8:02 pm
ct nurhaliza bolehla dikira org yg hebat..sbb dia tau mggunakan khebatannya.Bukan senang nk jd org yg bjaya mcm dia.She works so hard and komited dgn apa yg dia buat. So thats why..she deserve to get on what she has done.Penyanyi lain pun boleh jd hebat sperti dia..klu tau carany.
Saya hnya mngagumi sikapny yg kuat brusaha,brani dan komited.Lagunye…?jrgla nk dgr..huhu
August 20th, 2008 at 5:30 pm
bg sy manusia hbt adlh…TUN DATO DR MAHADHIR MOHAMAD…..JASE MU AMAT KU KENANG………
October 27th, 2008 at 2:40 am
Ya, betul tu. Tidak dinafikan bahawa idea daripada Ayahanda Tun Dr. Mahathir untuk mengembangkan rangkaian internet dan komputer di Malaysia telah dizahirkan. Ianya telah menyediakan ruang untuk web imotivasi khususnya menyalurkan idea untuk dikongsi bersama. Hasilnya, saya dapat membacanya secara terus dan menambahkan pedoman hidup ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamed dan kepada saudara Squery juga sebab hakikatnya saya juga telah mempelajari banyak hal daripada web saudara.