Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan
Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.
Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.
Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.
Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?
Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.
Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.
Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.
Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda.
Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.
Be a good friend.
June 25th, 2008 at 11:01 am
Terima kasih,,Terima kasih,,kerana tip-tip yang di berikan ini,,moga2 apa yang ada di keliling kita akan ceria selalu…
Harga yang mahal terpaksa di bayar oleh seorang pendedam dan pendengki ketika ia mendengki orang lain,kerana ia terpaksa membayar itu dengan hati,daging,darah,perasaan,ketenteraman dan kedamaiaan dan kebahgiaannya sendiri. semoga kita akan melatif diri jadi seorang pemaaf..wallahuaqlam,,,Salam
August 7th, 2008 at 6:44 pm
Ye, betul tu abg shueq. Mmg kekadang sye mmg sakit ati ngan kawan saye. Kalau saya cakap ngan dia, dia bukannya nak dengar dengan sepenuh penumpuan pun…kdg2 buat bongok jer…da tue plak, klu dia yg bercakap, nak plak org dgr apa yg dia cakap smpi kte takde chance nk menyampuk. Skrg ni..dia nak menjauhkan diri drpd saya plak dan pergi pada kawan lain, saya pulak yg disisihkan.. apa sebab saya xtahu. ..bila saya fikir2 balik, xperlu saya nak berdingin dgn dia psl hal kecik macam ni..patutnya saya yg lebih terasa bbanding dia dan kecik hati ngan sikap dia..tp, dia pulak yg lebih..mcamane agaknya saya nak betulkan keadaan ni? Hope abg shueq or kawan2 tolong bg nasihat dan apa yg perlu saya buat.
October 6th, 2008 at 8:54 am
Hai. disini saya ingin kan nasihat mengenai seorang kawan yang begitu rapat dan saya anggap sebagai seorang adik. Tetapi akhirnya saya dianggap musuhnya. Ini kerana alasannya sikap dan kata-kata saya yang menyakiti hati semua orang. Tetapi pada pendapat saya itu cuma alasan dia untuk mencari kesalahan saya. Semua ini adalah berpunca dengan sikap iri hatinya terhadap saya kerana saya senang didekati oleh lelaki kerana saya adalah orang yang friendly dan suka berlawak. Satu daripada puncanya adalah mengenai seorang doc yang baru beberapa bulan menetap dan bekerja di sabah dan juga kami berkenalan di sebuah club. Menurut apa yang dikatakan oleh kawan saya itu dia(doc) sudah pandai mengongkong dan menunjukkan sifat jealousnya pada kawan saya sedangkan mereka belum ada apa2 hubungan. Jadi saya bertanya kepada doc tersebut samada dia berminat dengan kawan saya. Tetapi dia kata tidak. cuma sebagai kawan. Disini saya hanya menunjukkan sikap concern dan caring kepada kawan saya supaya dia tidak dipermain2kan. Tapi malangnya dia menganggap saya perampas dan malah membenci saya dan menganggap saya backstabber. Saya telah meminta maaf walaupun apa yang saya buat itu adalah baik tetapi dianggap salah. Sehingga sekarang kami tidak lagi berkomunikasi. Saya merasa bingung kerana saya tidak tahu apa silap saya sebenarnya. Oleh itu saya mendiamkan diri kerana dia tidak menghargai saya dan saya juga telah menyedari erti maksud seorang kawan. lebih baik saya menghindari oleh orang2 yang bersifat negatif. Buat masa ini saya lebih suka berkawan secara terbuka daripada dianggap kawan rapat. Sila bagi pendapat dan nasihat..
October 6th, 2008 at 11:46 am
Melinda, saya tumpang simpati atas apa yang berlaku. Kekadang kita buat baik ngan orang, dibalas jahat pula. Itu memang lumrah dunia.
Cara awak tu memang dah ngam, dalam situasi sekarang. Maafkan saja kawan awak. Biar dia sejuk dulu, lama kelamaan dia akan cari awak juga. Forget the past, focus on the future.
Usah bertanya di mana silap awak. Tapi, maafkan kawan awak di dalam hati dan doakan supaya persahabatan kamu berdua kembali seperti sediakala.
Masalah biasanya sementara saja. Semuanya akan kembali seperti sediakala, bila kita memaafkan kesalahan yang lalu dan membuka ruang agar kebahagiaan yang baru memunculkan dirinya dalam hidup kita.
Relaks, biarkan ia berlaku secara natural, jangan terlalu mendesak dengan asyik memikirkannya di dalam minda.
October 17th, 2008 at 3:33 pm
Kehidupan sosial manusia menempatkan kita pada realitas interdependency and interconection ” saling ketergantungan dan saling kerja sama “. Dalam kenyataan demikian maka kepelbagaian termasuk sakit hati, silang pendapat pasti kita alami. Alternatif solusi antara lain, selalu mengucap syukur dan pemaafan dengan kata-kata walau dalam hati mungkin ada penolakan dan bibir terasa berat mengucap. Apabila kita berani mengambil langkah ini, niscaya relasi kita akan baik dan kerjasama pasti terjalin erat untuk sukses bersama. Thanks so much and successfully.