Sorakan Yang Cukup Memberi Motivasi
Saya benar-benar gembira hari ni.
Ketika berbasikal ke tempat kerja pagi tadi, di pekan Petagas saya bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak yang bersorak bila saya melintas. Mereka mengangkat kedua-dua tangan sambil melompat-lompat girang.
Melihat keriangan mereka, saya sungguh teruja!
Bersemangat saya jadinya. Mereka mungkin menunggu bas sekolah atau mungkin satu rombongan sekolah.
Mereka bersorak melihat saya berbasikal laju, seronok betul, seperti memberi semangat pada saya pula. Hepi betul saya dibuatnya!
Saya melambai ke arah mereka sebagai tanda ucapan terima kasih. Senyum terukir di bibir saya selepas tu.
Bangga, sebab ada peminat-peminat kecil walaupun diorang tak kenal saya. Mengingat memori ni membuat saya tersengih-sengih sendiri…hihi.
Sebenarnya senang jadi hepi dan bermotivasi. Ada cara untuk kita mengubah suasana yang muram dan serius menjadi gembira. Apa dia?
Ingat memori-memori yang menggembirakan Anda dan yang membuat Anda tersenyum. Ingat sekerap yang mungkin dan bayangkan sekerap mungkin.
Contihnya, bayangkan memori gembira (hepi time!) saat bersama keluarga Anda, bersama adik beradik Anda. Bagi Anda yang punya kekasih, mungkin memori saat Anda share kegembiraan dalam aktiviti bersama, misalnya menonton wayang, berjoging, membeli belah, makan di restoran atau membaca di perpustakaan bersama.
Mengingat memori gembira (hepi time!) mewujudkan emosi gembira dan rasa seronok dalam diri Anda. Tiap kali Anda rasa down, gunakan cara ni. Ingat semula memori yang gembira, yang hepi lantas mood Anda berubah menjadi lebih riang.
Buat saja, mulakan hari ini juga.
July 15th, 2008 at 7:23 pm
“Wujudkan mood gembira anda akan gembira, sebaliknya jika anda biarkan kesedihan menghantui anda maka anda akan berada dalam kemuraman..”
Salam kekayaan,
THINKERICH