Tahu Apa Yang Perlu Ditahu
Dalam usaha memburu kejayaan dan di kala kita perlu perform pada high level, seakan banyak yang perlu kita tahu. Bagaikan semuanya kita mesti tahu..kita terdesak nak tahu semuanya dalam masa singkat.
Namun, kita perlu tahu dulu apa yang kita mahu tahu. Tahu yang perlu saja. Maksud saya, kita hanya gali ilmu tentang apa yang yang kita usahakan sekarang ini.
Misalnya, jika kita mahu berjaya dalam perniagaan Internet, gali ilmu tentang perniagaan internet dan benda-benda yang berkaitan, sebagai contoh, membina webpage, menulis ebook, set autoresponder, membina list dan memasarkan perniagaan Internet.
Lebihkan kepada perniagaan Internet, tetapi kurangkan membaca info tentang perniagaan lain kerana ia akan menyebabkan Anda keliru nak buat jenis perniagaan masa satu. Last-last kita sendiri yang termanggu-manggu!
Jika kita mahu berjaya dalam kerjaya, misalnya mahu menjadi pegawai tinggi kerajaan, gali sebanyak mungkin ilmu dari kakitangan senior, rajin bertanya, tingkatkan prestasi dari semasa ke semasa dan ambil peperiksaan kakitangan awam supaya kita boleh dinaikkan pangkat, atau ambil sesi pembelajaran jarak jauh supaya jawatan kita di naikkan (dan gaji juga dibesarkan!).
Tidak perlu sibuk untuk jadi orang yang tahu lebih banyak dari 3 perkara sebab Anda akan hilang FOKUS. Tumpukan pada 3 perkara saja dalam 1 masa.
Kenal pasti kemahiran apa yang kita kurang dan jika kemahiran itu perlu untuk mencapai matlamat, pelajarinya sebaik mungkin, berlatih sebanyak mungkin supaya kita dapat menguasainya seefektif yang mungkin.
Anggap perkara lain sebagai ‘gangguan’. Saya faham, keluarga, rakan dan sahabat Anda akan datang berjumpa Anda lalu berkata tentang satu offer yang lebih bagus, yang lebih mantap tapi Anda perlu ‘tutup mata’ sebab Anda kena fokus pada apa yang Anda mulakan dulu.
Jika tidak, usaha Anda selama ni akan sia-sia, sebab Anda mahu kuasai benda apa yang sebenarnya tak perlu. Masa yang sepatutnya digunakan untuk memberi fokus pada perancangan awal, dihabiskan pada usaha yang kurang mendatangkan hasil tapi banyak memakan curahan masa, tenaga serta wang ringgit. Akhirnya, kita sendiri yang rugi.
Mulai hari ini, dalam apa jua yang kita usahakan, perlu tahu dulu apa yang kita mesti tahu supaya dapat bertindak dengam lebih pintar, lebih bijak, lebih cemerlang, lebih berhasil.
July 7th, 2008 at 10:58 pm
salam…apa kahabr,,,
July 8th, 2008 at 1:39 pm
Salam dari universalkita.com! Amat benar lagi nyata kita emangnya perlu tahu apa yang perlu ditahu. Untuk itu fokus amat penting lagi2 untuk melibatkan diri dalam interner businness. Buat newbie yang baru nak berjina2 dalam dunia ini…anda kena belajar banyak… tak semesti pergi menghadiri kursus mahal2. Explore dan explore… walaupun akan memakan sedikit masa… ia amat berbaloi!!!