Tak Ke Mana Menghilang

Salam pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hari ni.

Beberapa hari saya menghilang tanpa memberitahu Anda apa-apa. Dalam 3 hari saya tak masuk ke sini, jumlah feed subscribers makin naik, naik dan terus naik.

Peti email tak putus-putus menerima kiriman email dari Anda. Kebanyakannya bertanya ke mana saya menghilang dan sebab apa saya tak nulis lagi. Saya cuma kurang masa nak online, sebab sibuk membantu rakan-rakan di sini membaiki komputer.

Buka saja email, berlambak yang masuk memberitahu rasa risau, susah hati dan menyapa saya sihat ke tidak sebab dah lama tak ‘muncul’. Jumaat lepas saya gi scan kepala lutut, walaupun masih ngilu, tapi menunjukkan kesan penyembuhan.

Kata doktor, penyembuhan saya lebih cepat dari kecederaan yang biasa. Ganjil juga. Maybe sebab di push oleh semangat membara kot..

Terima kasih pada Anda yang rajin hantar sms ke henfon saya, sampai ke tengah malam bunyi sms masih ada. Membacanya satu persatu tiap pagi membuat saya bersemangat kembali.

Personally, buat pembaca iMotivasi yang menyambut hari lahir bulan Jun ni, Selamat Hari Lahir dari saya. Moga Anda panjang umur, murah rezeki dan mencapai kejayaan dalam apa jua yang Anda usahakan, tak kira Anda seorang pelajar, pekerja atau usahawan.

Apa yang menggembirakan saya, makin ramai pelajar Malaysia di luar negara masuk ke blog ni. Rupanya nama blog iMotivasi dah banyak meniti di bibir mereka, not just by cakapan tapi ramai yang forward artikel saya sebagai penyuntik semangat rakan-rakan seperjuangan. Walaupun saya tak membuat promosi, pembaca iMotivasi yang promote blog ni untuk saya, thank you.

Jumpa di artikel seterusnya. Ingat, motivasikan diri Anda, semotivasi yang mungkin.

Semangatkan diri Anda, sesemangat yang mungkin, sebab orang-orang berjaya adalah mereka yang selalu bersemangat tinggi.

LiveStrong!

Share This Post

Komen? Pendapat?