Tak Terlayan, Ramai!
Phew! Syukur alhamdulillah saya dapat menulis blog semula. Bertemu kita di catatan ruang realiti.
Seharian ni dari jam 2 petang, bekalan letrik terputus dan baru saja di sambung jam 7 sebentar tadi .. saya solat maghrib berpeluh-peluh kepanasan dan di kelilingi nyamuk. Sungguh tak selesa.
Minta maaf pada pembaca iMotvasi yang saya tak terlayan ketika chat di Yahoo Messenger. Sorry .. Kebanyakannya mengadu masalah, meminta pendapat, luahan hati, lepas geram pun ada.
Jika saya tak membalas chat Anda walaupun sedikit, maknanya saya sedang sibuk, sedang membaiki komputer, keluar atau melakukan tugasan lain. Asal saya tak jawab, memang saya tak duduk depan komputer time tu.
Yang tak bestnya selepas itu saya akan menerima sindiran dengan kata-kata pedas dan kesat..
Adakah menjadi satu kesalahan berat jika saya tak dapat membalas mesej Anda serta merta?
Sorry, jika tak terlayan. Sekurang-kurangnya tinggalkan mesej saja, saya akan reply kemudian.
Bukannya seorang dua yang chat dengan saya sekaligus, tapi 20-35 orang ke atas dalam sejam.
Dalam list friends YM saya saja ada 600++ orang dan bayangkan jika semuanya chat ngan saya sekaligus! Tak cukup tangan nak melayan, sebab saya hanya ada 10 jari yang melekat di dua tangan.
Saya minta Anda faham dan bersabar. Sebaik mungkin saya akan balas satu persatu, walaupun naik krem jari jemari ni..
Untuk ruang komen, jangan risau jika nama Anda yang terpampang di dalam huruf besar sebab yang akan keluar di comment box nanti adalah huruf kecil juga ..
eheheehehehe….
↓ Quote | Posted July 23, 2008, 9:29 pmklakar bace this entry…
hope saudara terus bersabar eh….
live strong…
kagum ar ada 6000 org dalam ym list…
ehehhe…dasat network…
besh of luck buddy !!!
er, Akira,
cuma ada 600 orang saja, 657 orang Friends untuk statistik yg lebih tepat lagi.
↓ Quote | Posted July 23, 2008, 10:54 pmSalam Shueqry,
Wah..ramainyer berebut2 nak bercakap-cakap dengan Shueqry.Siap marah-marah lagi bila tak di layan.Itu Shueqry yang belum masuk TV..bayangkan bila suatu hari nanti Shueqry dah fofular…
Shueqry, bila nak terbitkan buku motivasi?Saya yakin mesti ramai yang menunggu nak beli dan baca.
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 7:45 amehehe…sowy…silap…:”> terlebih tambah kosong plak…:D
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 2:41 pmsalam…
alhamdulillah….musuh jgn dicari…
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 3:50 pmWow, hebatnya.
Tumpang lalu kat sini untuk memotivasikan diri
↓ Quote | Posted July 24, 2008, 4:18 pm