Tujuh Tips Membersihkan Hati

Bagaimana kita nak membersihkan hati dan mengurangkan sikap-sikap negatif step-by-step? Ikuti 7 tips di bawah ni :

  • Beribadat dengan benar, seikhlas hati
  • Berakhlak baik
  • Menimba ilmu tanpa henti
  • Bekerja keras cara bijak
  • Bersederhana dalam hidup
  • Ringan tangan membantu sesiapa sahaja

Dari pengalaman sendiri, saya “up” lagi dua tips :

Pertama, maafkan orang lain sebelum tidur, ikhlaskan hati dan lupakan kesalahan orang lain yang pernah menyakitkan hati Anda. Dengan ini, dapat mencuci hati dan membentuk diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Selagi tak melatih diri untuk memberi kemaafan, selagi tu Anda akan berfikiran negatif dan turut menarik segala situasi negatif supaya muncul dalam hidup kita. Kuasa minda tak mengenal negatif dan positif, janji ia dah bersarang dalam minda Anda, itulah yang akan ditariknya.

Kedua, sentiasa panjatkan rasa syukur atas apa yang kita ada sekarang ni, fizikal kita, harta benda milik kita, kerjaya kita (termasuk gaji kita!) dan keluarga kita. Dalam surah Ibrahim ayat ke 7, Allah berfirman bahawa lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak juga nikmat yang akan ditambahkan ke dalam hidup Anda.

Maka, amat rugi bagi sesiapa yang jarang bersyukur!

Tips Motivasi Berkaitan

Bacaan Disyorkan
Skor Career
update terkini peluang-peluang pekerjaan

Share This Post

4 Responses to “Tujuh Tips Membersihkan Hati”

  1. Raymond Says:

    Sikap bermaaf-maafan ini bukan sahaja wajib dilakukan masa Hari Raya, tetapi perlu diamalkan setiap hari.

    Adat bermaaf-maafan pada Hari Raya hanya untuk mengingatkan mereka yang melupainya.

  2. Shueqry Says:

    Kemaaafan tandanya kita membuang arus negatif dalam minda dan hati lalu menyuburkan sikap positif, optimis dan bersangka baik.

    Lebih afdal dilakukan setiap hari.

    Good comment !

    - Shueqry -

  3. Master Says:

    Spt yang disarankan oleh Dato Dr. Fadzilah Kamsah - sebelum tidur, maafkanlah segala kesalahan orang lain kepada kita.

    Bila bangun pagi esok, betapa segarnya minda, emosi dan fizikal kita.

  4. MuhammadRadzi91 Says:

    Askum abg shurqery…Saya nak tanya sikit kalau kita dah maafkan orang tu tapi dia selalu sakitkan hati..Nak buat mcm mana ya?

Komen? Pendapat?