Tulis Blog Bermula Dengan Minat
Salam buat Anda, moga sihat sejahtera hendaknya.
Terima kasih pada rakan-rakan pembaca yang setia memasuki blog motivasi ni, jumlah rss readers dah semakin meningkat ke angka lebih 800 orang. Terima kasih..
Ramai yang tanya saya bagaimana nak menarik ramai pengunjung ke blog. Pada rakan-rakan yang mahu menulis blog walau apa jua blog selain topik motivasi, ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk menarik pengunjung.
Antaranya :
1. Mesti ada minat.
Topik yang Anda tulis mesti yang Anda minat. Tak kisah apa, hiburan, resepi masakan, design, fesyen, muzik, teknologi atau bisnes, tulis saja.
Jangan ikut-ikut orang lain. Baca banyak bahan tentang minat Anda dan jadikannya hobi.
2. Bina Stail Penulisan Sendiri
Terpulang, sama ada nak tulis artikel panjang atau pendek, serius atau lawak-lawak untuk blog Anda. Masa mula-mula berblog, artikel saya agak panjang sebab saya mahu kongsikan banyak maklumat.
Namun sangkaan saya salah. 97% pengguna intenet lebih suka artikel yang pendek, straight to the point dan ringkas.
Terima kasih pada Raymond kerana dari dia saya banyak belajar hal ini. Thanks Raymond !
3. Share Apa Saja
Jujur paling penting. Share apa saja dengan pembaca Anda, tulis terus dari hati, termasuk sedikit hal peribadi.
Sebab, orang mahu tahu apa yang Anda lakukan, kerjaya Anda, keluarga dan aktiviti Anda. Berhati-hati, jangan terlalu dedahkan semuanya.
Blog Anda boleh di hack atau password Anda dipecah masuk tanpa Anda sedari. Kebanyakan blogger baru menggunakan data peribadi sebagai password dan identifikasi.
Jangan biarkan perkara yang terjadi pada blog motivasi ini terjadi pada Anda pula.
Blog hanya satu medium komunikasi. Gunakan ia untuk berkongsi minat Anda dengan orang lain dan latih diri untuk berkongsi apa saja yang anda tahu. Melalui pengalaman sendiri, saya berani mengaku.
Lebih banyak yang Anda share ilmu, kemahiran atau informasi ngan orang lain, lebih banyak yang akan Anda dapat nanti. Dua kali ganda!
4. Bijak Mempromosi
Anda mesti tahu cara mempromosi blog.
Ni beberapa tips.. Pertama, rajin banyak memberi komen di blog orang lain. Beri komen yang membina dan berisi.
Kalau boleh, dalam sehari post lebih 50 komen di lebih dari 50 buah blog dan buat tiap hari. Bookmark blog-blog ni ni supaya Anda boleh ke sana banyak kali.
Kedua, masuk forum popular dan beri banyak bantuan, be helpful dan kongsikan banyak maklumat ngan ahli-ahli forum. Belajar tentang asas SEO, link strategies, article marketing dan video marketing.
Moga impian Anda mahu menadi blogger terkenal berjaya tercapai satu hari nanti. Tak ramai blogger professional dari Malaysia yang menulis dalam Bahasa Malaysia.
Dream BIG!
February 25th, 2008 at 10:35 pm
Hi Shueqry,
Thanks for the love link.
Saya banyak belajar daru Shueqry juga.
Terima kasih saya ucapkan kepada Shueqry kerana rajin berkongsikan tip-tip motivasi di sini.
P.S. Saya sekarang ni berada dalam proses perancangan dan penbinaan untuk satu projek yang target kepada rakyat Malaysia sahaja.
Tibanya masa nanti, beri sokongan, ya.
March 3rd, 2008 at 12:21 am
Ya, Shueqry. Salam perkenalan. Saya pun baru bermula memnbuat blog tentang buku. Apa sahaja buku yang telah saya baca akan saya buat ulasan di sini. Memang minat saya ialah beli dan baca buku, saya akan beli tiap2 bulan at least 3 buah buku. Saya suka nak share apa yang saya lihat, baca, dengar dan fikirkan kepada semua orang. Semoga ada manfaatnya buat semua,Insya-Allah. Silalah berkunjung ke blog saya nanti. Sebarang cadangan amatlah dialu2kan ke arah penambahbaikan blog tersebut. Tq!
April 29th, 2008 at 1:42 pm
laila