Ubah Perkataan Dalam Perbualan Seharian
Kita bertemu dalam 8 siri tips bagaimana membina sikap positif yang kedua. Tajuknya kali ni, ubah perkataan dalam perbualan seharian kita.
Kita bercakap, bercakap, bercakap, tapi kita tak kawal perkataan yang keluar dari mulut kita, baik ke, buruk ke, ye tak?
Biasanya, kita kurang mengawal perkataan-perkataan yang kita ucapkan ketika berbual. Suka hati kita nak cakap apa..
Tahukah Anda, perkataan yang keluar dari mulut kita sebenarnya mempengaruhi mood dan attitude kita sendiri? Perkataan yang kita gunakan tatkala bercakap melambangkan siapa kita dan cemana mindset kita.
Jika kita suka cakap yang kasar, yang besar, yang bongkak, ada caci maki, tak puas hati dan cercaan, maknanya attitude kita negatif.
Jika kita suka cakap dengan tone suara yang terkawal, sopan dan jelas, diselang seli dengan lawak jenaka, rasa persahabatan, mood kehepian serta bebas dari umpatan atau caci makian, itu maknanya attitute kita positif. Attitude Yang bagus, yang membuat orang senang nak senang dengan kita.
Untuk membina sikap positif dalam diri, Anda kena ubah perkataan dalam setiap perbualan seharian.
Kawal apa yang Anda fikirkan dan yang Anda ucapkan. Selalulah cakap yang baik-baik saja dan kalau boleh yang bersemangat membara. Jauhkan diri dari selalu mengkritik atau bercakap pasal ketidakpuashatian Anda dengan perbuatan orang lain.
Elak mencaci-maki, mencerca atau menengking. Elak seelak yang mungkin, sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin, selama mana yang mungkin!
Satu perkataan saja boleh mempengaruhi sikap, kerana satu perkataan boleh menjadi ayat lalu ayat-ayat itulah yang ditangkap oleh minda Anda. Kesannya, ia melekat di situ menjadi sebahagian dari apa yang selalu Anda ucapkan.
Tukar “kalau” menjadi “bila”.
Tukar “mustahil” kepada “boleh jadi”.
Tukar “boleh buat ke? boleh berhasil ke?” kepada “Saya percaya saya boleh buat! Apa peluang yang saya ada?”. Bila diubah, terasa macam ada peluang dan ada harapan untuk berusaha.
Contoh ayat-ayat positif yang Anda boleh praktikkan…
Aku boleh, sememangnya boleh!
Aku mahu cuba!
aku ada peluang untuk berjaya!
Aku tak mahu tangguh, aku mahu buat sekarang!
Aku mau buktikan!
August 19th, 2008 at 11:11 pm
Betul tu. Ayat2 perlu motivasi bagi memastikan hidup lebih bermakna.
Aku boleh !!!
August 20th, 2008 at 6:45 am
TANG AKU TAK MAHU TANGGUH, AKU MAHU BUAT SEKARANG! ,,, ITU SAYA SAANGAT SETUJU..
August 20th, 2008 at 2:28 pm
Elak untuk bertangguh ..
Jika bertangguh pun, bertanguhlah cara bijak
August 20th, 2008 at 4:36 pm
agaknya kalau orang yang telah cuba beberapa kali namun masih belum berhasil apa jawabnya ya? CUBA LAGI!!!
August 21st, 2008 at 2:09 am
Missmiya,
Benar, pada peringkat permulaan, agak payah, tapi kita tetap ada peluang untuk terus mencuba, cuba dan cuba.
Jadi, terus usaha! sehingga benar-benar boleh mengawal perkataan yang kita selalu ucapkan..
September 3rd, 2008 at 3:32 pm
ORANG OKU BOLEH BERJAYA.TAKKAN KITA ORANG OU TAK BOLEH BERJAYA.LU PIKIR LA SENDIRI!!!
September 3rd, 2008 at 3:36 pm
NAK BERJAYA KITA PATUT TAHU SATU BENDA JE….KENAPA!!!
September 8th, 2008 at 10:55 pm
Pudin,
tambah satu lagi : sebab apa?
atau..
untuk apa nak berjaya? selepas dah berjaya, buat apa lagi?