Ucapkan Alhamdulillah
Ucapkan alhamdulillah, bila Anda berjaya menyiapkan kerja Anda, tugasan Anda dan assignment Anda hari ini.
Bersyukurlah kerana Anda diberi ilham, ruang masa dan curahan tenaga oleh Allah s.w.t. untuk menyiapkan semuanya.
Ucapkan alhamdulillah, bila Anda baru balik dari kerja, selamat sampai di rumah dan di sambut oleh hilai tawa orang rumah Anda.
Bersyukurlah kerana Anda masih ada peluang mendengar kegirangan mereka, melihat cerianya wajah mereka dan menyentuh lembut kepala mereka. Hilai tawa mereka, kebahagiaan buat Anda.
Ucap alhamdulillah dalam bila Anda bertemu kekasih Anda dan sempat menatap senyuman manis di bibirnya. Beruntung Anda kerana ada kekasih seperti dia! Alhamdulillah…
Ucapkan alhamdulillah di saat Anda mahu melelapkan mata, ucap tahniah pada diri Anda kerana berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Anda sempat beribadah, beramal dan menambah pahala.
Alhamdulillah, satu lagi kecemerlangan kecil tercipta.
Niatkan dalam hati, Anda mahu jadikan pencapaian esok benar-benar lebih cemerlang buat diri Anda!