October 30, 2007 | By Shueqry |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar Anda? Fuhh .. lama juga saya ‘hilang’ dari blog Motivasi Pembangunan Diri, sejak balik dari kampung saya menyepi seketika.
Tak banyak yang mahu saya perkatakan, dalam beberapa hari ni saya banyak meluangkan masa di luar dan oleh kerana pc saya berada di rumah sewa, mengakibatkan saya jarang online. Adalah lebih baik kiranya saya dapat menggunakan wireless Internet untuk mengupdate blog dan menulis tips motivasi terbaru untuk tatapan kita bersama.
Saya dalam proses ke arah itu, means saya boleh menulis ketika berjalan-jalan di shopping complex atau ketika duduk-duduk di Starbucks. Rasa boring juga bila asyik menaip di dalam bilik, kekadang saya mahukan suasana ‘outdoor’ yang memberikan udara segar dan tiupan angin yang nyaman.
Cuaca di Kota Kinabalu sekarang tak menentu, sekejap panas sekejap sejuk. Pagi panas, petang hujan lebat sampai ke tengah malam. Sekarang ni saya berdepan dengan masalah teknikal pada komputer saya lalu ia banyak memperlahankan aktiviti saya menulis di sini.
Saya menulis artikel di dua lagi blog motivasi, satu di blog
Motivasi Kejayaan milik
DikMal dan satu lagi blog
Motivation Inspiration yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Kedua-dua pemilik blog ni menjemput saya untuk menjadi penulis bersama.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk melatih lagi skill penulisan dan dalam masa yang sama mencabat diri sendiri untuk menjadi lebih kreatif. Seorang blogger juga berdepan dengan “mental block” bila takde idea untuk nak menulis, namun perkara ni jarang berlaku pada saya.
Caranya, walau kemana saya pergi, sebuah buku nota kecil akan sentiasa bersama saya. Idea boleh muncul di mana saja dan bila-bila masa. Dengan buku nota kecil, ia lebih ringan, tak sensitif pada gegaran dan tahan lasak…
Selain tu, saya juga menulis di dalam sebuah jurnal peribadi, dulunya tulis dalam blog peribadi (kalau search kat Google memang jumpa punya ! ) tapi masalah juga sebab nak kena online untuk menulis di blog peribadi tu. Alternatifnya, saya lebih suka menulis di dalam jurnal di kala sunyi.
Email-email yang dikirim akan saya balas satu persatu, ikut giliran. Pada pembaca blog yang mahu mengambil artikel-artikel motivasi tulisan saya sebagai rujukan, saya izinkan selagi ia dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain.
Ini sebab utama mengapa motto peribadi saya berbunyi : “all for one, one for all”.
Jumpa di artikel akan datang!
- Shueqry -
kota kinabalu
Komen? Pendapat?