Video Motivasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini?
Sedikit perkembangan terbaru, saya telah menambah ruang video motivasi di sudut sebelah kanan blog ni, dengan tajuk “Video Motivasi”. Ini untuk memudahkan Anda yang suka menonton video-video motivasi terutamanya dari segmen motivasi Dr Fadzilah Kamsah.
Saya memasang impian moga saya mempunyai segmen sendiri di kaca tv seperti Dr Fadzilah Kamsah dan menjadi blogger motivasi yang pertama berbuat demikian. Dengan itu, akan memudahkan mesej-mesej motivasi sampai kepada lebih ramai orang, seramai yang mungkin di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei, selain melalui medium Internet dan bahan bercetak.
Moga ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang juga.
Saya akui video-video motivasi percuma di dalam Internet yang dalam Bahasa Malaysia amat kurang, kebanyakannya yang berbayar dalam bentuk VDC keluaran Telaga Biru. Dalam minggu ini saya selitkan video motivasi bertajuk Keseronokan Bekerja.
Video tersebut ada 3 bahagian dan ketiga-tiganya telah saya ulas di artikel lain sebelum ni. Anda boleh cari menggunakan ruangan Google Search di atas atau lihat di senarai topik artikel-artikel motivasi di sebelah. Saya letak lebih dari seratus tajuk sepanjang yang mungkin untuk memudahkan pembaca mencari tips motivasi dan klik terus ke tajuk-tajuk terdahulu.
Hanya klik saja pada mana-mana gambar di ruang “Video Motivasi”, kemudian tunggu dalam lingkungan 5-10 saat (bergantung pada kelajuan streaming Internet yang Anda gunakan). Selepas itu, video motivasi tersebut akan muncul di bawah tajuk blog seperti ini :
Sedikit tips untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play ditengah-tengah video, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung. Selepas itu klik butang Play semula, streaming video akan jadi lancar.
Sekali lagi, ia bergantung pada kelajuan Internet yang Anda gunakan, sama ada stremyx broadband, dial-up, 3G atau prepaid Internet.
October 8th, 2007 at 9:43 am
Tq shueqry,
lebih santai, lebih relax…
berjaya mempelbagaikan sumber motivasi.
Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kpd kita dari sumber halal yg tidak terduga.
Semoga diberkati. Amin…
October 8th, 2007 at 7:06 pm
Redha ..
terima kasih, saya cuba memberikan yang terbaik buat kita semua ..
Moga perkongsian ilmu ini mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.
- Shueqry -
October 9th, 2007 at 8:59 am
Wah, kalau nak masuk kaca tv, pena buat persiapan awal dahulu.
October 10th, 2007 at 4:24 pm
ye, betul tu Raymong ..
kena ada persiapan mental dan fizikal
- Shueqry -
October 10th, 2007 at 4:25 pm
laaa .. salah taip lak,
nama Raymond tertambah ‘G’ ..
hehe .. sorry !
- Shueqry -