War-warkan Blog iMotivasi

Saya meminta pada Anda supaya mewar-warkan blog iMotivasi di wajah baru berkaler oren ni.

Beritahu kawan-kawan Anda, emailkan rakan sekerja Anda, smskan sesiapa saja yang Anda kenal, send mesej di Friendster atau Myspace Anda, atau heboh-hebohkan di forum Anda.

Saya minta tolong.

Tolong heboh-hebohkan alamat website blog saya "www.imotivasi.com" .

Saya tahu Anda terkejut mengapa saya buat begini. Lebih-lebih lagi jika Anda salah seorang dari 1300 subscribers saya.

Sebab, saya mahu supaya lebih ramai orang tahu wujudnya satu blog motivasi yang berkongsi banyak info berguna dari penulisnya dan dari curahan idea para pembacanya. Biar ramai orang tahu ada blog iMotivasi.

Sekarang ini orang sibuk berkata blog merosakkan dan penulis blog kebanyakannya hanya tahu mencerca dan memaki. Tidak ada blog yang bagus , kata mereka.

Saat saya sampai di Sabahan Bloggers Gathering, kami ada berbincang isu "tidak ada blog yang bagus".

Pada mulanya saya tak kisah pasal itu semua. Lama kelamaan, ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Namun, saya tekad mahu membuktikan yang blog iMotivasi serta blog-blog motivasi lain amat berbaloi untuk dibaca.

Saya tekad untuk berusaha serajin mungkin mempopularkan blog iMotivasi, supaya info-info di dalamnya dapat mengubah ramai orang, justeru memberi kesan pada jati diri mereka.

Biar blog ini hanya memfokus pada yang baik-baik saja dan yang positif saja, supaya kesan dari pembacaan, semuanya yang baik-baik dan yang positif juga jadinya.

Ibarat menanam benih, tanam yang positif, pokok dan buahnya yang keluar sudah tentu positif.

Jika di suburkan dengan curahan motivasi, sudah tentu buah yang terhasil menjadi bertambah-tambah positif!

Wahai pak menteri, lawatilah sekejap iMotivasi ni..

Share This Post

6 Responses to “War-warkan Blog iMotivasi”

  1. SaifulIzzuan Says:

    Saya akan war-warkan seboleh mungkin. Sebabnya saudara seorang yang suka membantu dan sanggup berkongsi dengan ikhlas. Selain itu, daripada blog inilah saya mendapat inspirasi. Saya juga mendapat beberapa link dan visitor juga daripada blog ini. Terima kasih hari itu kerana promote laman web saya drinspirasi.com hari itu dalam teknik mudah cooldown. Maaf lambat mengucapkan terima kasih sebabnya agak sibuk seminggu ini. Saya betul-betul hargainya.

  2. aizalea Says:

    salam shueqry..no worries..blog yang hebat seperti imotivasi ni akan lebih banyak menarik pembaca-pembaca yang hebat dan berfikiran terbuka. LOA will do it’s very own work :)

  3. Shueqry Says:

    Saiful Izzuan,

    Rupanya Dr Inspirasi tu kamu ya, hehe..

    Sama-sama, sebab saya mahu kita berganding bahu sebagai blogger motivasi, saling melengkapi antara satu sama lain.

    Aizalea,

    Yup, betul .. LOA always works :D

  4. bantingboy Says:

    huhu. kene promote ni. :)

  5. iedasa Says:

    salam,
    bangge dpt promote blog ni
    smoge dapat bri manfaat pade ramai org termasuk sy sdri
    smg generasi yg lahir pd mase ni n mase akan dtg merupakan generasi pelapis yg bergune wat kluarge, agama n negare
    smg blog ni trus maju jaya!

  6. masjoko Says:

    terima kasih. Saya akan usahakan. lagian kita juga lagi belajar Ngeblog.

Komen? Pendapat?